اَلاَسْمَاءُ الْخَمْسَةُ
ASMA’UL KHAMSAH/ISIM LIMA
1. PENGERTIAN
(a) Asma’ul khamsah itu adalah: اَبٌ = bapa
اَخٌ = saudara
حَمٌ = pakcik
فَوْ = mulut
ذُوْ = yang mempunyai
2. I’RAB ASMA’UL KHAMSAH
(a) Adapun Asma’ul khamsah maka dirafa’kan dengan memakai wawu dan dinashabkan dengan memakai alif serta dijarkan dengan memakai ya.
(b) Perlu diketahui bahawa asma’ul khamsah itu bila tidak diidhafatkan (tidak disambung dengan ayat lain), ia dirafa’kan dengan memakai dhammah, dinashabkan dengan memakai fathahdan dijarkan dengan memakai kasrah, seperti: حَمٍ , حَمًا , حَمٌ , اَخٍ , اَخًا , اَخٌ , اَبٍ , اَبٌ ) (.
(c) Lafazh-lafazh : ( ذُوْ , فُوْ , اَخٌ , حَمٌ , اَبٌ ) ketentuan I’rabnya semua diidhafatkan atau dimudhafkan dalam keadaan mufrad atau tunggal (bukan mutsana dan bukan pula jama’) dan dalam keadaan mukabbarah (bukan mushagharah).
(d) Contoh asma’ul khamsah yang diidhafatkan seperti berikut:
1. اَبٌ apabila diidhafatkan menjadi : أَبُوْكَ
2. أَخٌ apabila diidhafatkan menjadi : أَخُوْكَ
3. حَمٌ apabila diidhafatkan menjadi : حَمُوْكَ
4. فُوْ apabila diidhafatkan menjadi : فُوْكَ
5. ذُوْ apabila diidhafatkan menjadi : ذُوْ مَالٍ
3. LAFAZH YANG DIRAFA’KAN DENGAN WAWU
Adapun wawu menjadi alamat bagi I’rab rafa’ pada asma’ul khamsah:
ASMA’UL KHAMSAH | PENGERTIAN | HUKUM |
أَبُوْكَ | bapa engkau | مرفوع بالواو Marfu’ dengan wawu |
أَخُوْكَ | Saudara engkau | |
حَمُوْكَ | Pakcik engkau | |
فُوْكَ | Mulut engkau | |
ذُوْ مَالٍ | Mempunyai harta |
4. LAFAZH YANG DINASHABKAN DENGAN MEMAKAI ALIF
Adapun alif menjadi alamat bagi I’ran nashab pada asma’ul khamsah:
ASMA’UL KHAMSAH (MARFU’) | HURUF NASHAB | ASMA’UL KHAMSAH (MANSHUB) | HUKUM |
أَبُوْكَ | أَنَّ | اَنَّ اَبَاكَ | منصوب بالالف Manshub dengan alif |
أَخُوْكَ | اِنَّ | اِنَّ اَخَاكَ | |
حَمُوْكَ | لَكِنَّ | لَكِنَّ حَمَاكَ | |
فُوْكَ | كَأَنَّ | كَأَنَّ فَاكَ | |
ذُوْ مَالٍ | لَيْتَ | لَيْتَ ذَامَالٍ |
5. LAFAZH YANG DIJARKAN DENGAN MEMAKAI YA
Adapun Ya menjadi alamat I’rab khafadh pada asma’ul khamsah:
ASMA’UL KHAMSAH (MARFU’) | HURUF JAR | ASMA’UL KHAMSAH (MAJRUR) | HUKUM |
أَبُوْكَ | مِنْ | مِنْ اَبِيْكَ | مجرور باليأ Majrur dengan Ya |
أَخُوْكَ | اِلَى | اِلَى اَخِيْكََ | |
حَمُوْكَ | عَنْ | عَنْ حَمِيْكَ | |
فُوْكَ | عَلَى | عَلَى فِيْكَ | |
ذُوْ مَالٍ | فِىْ | فِى ذِىْ مَالٍ |
Kellas: X (MA) -Tugas: Nahu/Shorof
1 comments:
Click here for commentsadminya masih sekolah ya.?
- Terimakasih sudah Mengunjungi blog ini. silahkan di baca-baca.!
- Buat anda yng suka Copy/paste Artikel. boleh. asalkan Cantumkan Link
Nya Sebagai Sumber.!!
- Jika anda belum punya G-mail. silahkan gunakan profil Anonymous untuk komentar.
- Anda Blogger yang Dermawan bukan? Jdi Hargai Sesama Blog.?
- Terimakasih ConversionConversion EmoticonEmoticon